Selasa, 18 September 2012

ingin periksa aircond dengan menggunakan kira-kira???

dengan menggunakan PH chart ini anda boleh mengesan kerosakan pada sistem penyejukan  lebih tepat lagi dengan hanya mengesan suhu pada indoor dan outdoor ataupun eveporator dan pemeluap.

untuk sesi akan datang anda akan tahu dengan cara penuh tentang pengiraannya..

Isnin, 9 Julai 2012

Munkin anda tidak tahu bagaimana indoor yang ada di rumah anda berfungsi. hairan mengapa penapis boleh jadi kotor??

Munkin gambar ini boleh membantu anda semua.
Kitar penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin
mengalir ke sistem yang mengandungi empat komponen utama iaitu pemampat,pemeluwap,peranti
pemeteran dan penyejat. Pemampat akan menyedut bahan pendingin wap bahan pendingin dari
saluran sedutan dan memampatkanya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke
pemeluwap melalui saluran nyahcas.Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil
daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat.Semasa haba disingkirkan, proses
pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan
pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke peranti
pemeteran.Peranti permeteran berfungsi untuk merendahkan tekanan dan juga suhu cecair bbhaan
pendingin ke penyejat.Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan
.Semasa penyerapan haba, berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar
menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah.Seterusnya, bahan pendingin mengalir ke
pemampat dan kitaran bermula lagi

definisi penyamanan udara

Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai pengawalan suhu atau perawatan udara di dalam bilik atau tempat ini termasuklah memanas atau mendinginkan bilik tersebut.Dengan kata lain, penyaman udara ialah proses pendinginan udara untuk mendapatkan keadaan udara yang selesa dan bersih. Daripada definisi di atas, perkara mustahak dalam sistem penyaman udara ialah :

a) mengawal suhu
b) mengawal kelembapan
c) mengawal aliran udara
d) mengawal pembuangan habuk dan kekotoran
e) pembuangan udara yang tercemar