Isnin, 9 Julai 2012

Kitar penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin
mengalir ke sistem yang mengandungi empat komponen utama iaitu pemampat,pemeluwap,peranti
pemeteran dan penyejat. Pemampat akan menyedut bahan pendingin wap bahan pendingin dari
saluran sedutan dan memampatkanya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke
pemeluwap melalui saluran nyahcas.Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil
daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat.Semasa haba disingkirkan, proses
pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan
pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke peranti
pemeteran.Peranti permeteran berfungsi untuk merendahkan tekanan dan juga suhu cecair bbhaan
pendingin ke penyejat.Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan
.Semasa penyerapan haba, berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar
menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah.Seterusnya, bahan pendingin mengalir ke
pemampat dan kitaran bermula lagi

1 ulasan:

  1. Casino - DrmCAD
    We have many fun games to keep you entertained 군산 출장안마 with the exciting casino experience. Casino 문경 출장안마 Slots, 강원도 출장샵 Blackjack, Roulette, Video Poker, Slots. 안동 출장마사지 The casino has over 500 slots 포항 출장마사지 games and

    BalasPadam